[padhang-mbulan] "IHYA' ULUMIDDIN" KITAB ADAB MAKAN (4/7)
INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
Catatan : Intisari Kitab IHYA' ULUMIDDIN sudah memasuki kitab yang ke 10,
yaitu kitab Adab Makan, sebelumnya sudah diposting 9 kitab yaitu :
1.Kitab Ilmu Pengetahuan
2.Kitab Aqidah Ahli Sunnah
3.Kitab Rahasia Bersuci
4.Kitab Rahasia Sholat dan Keutamaannya
5.Kitab Rahasia Zakat
6.Kitab Rahsia Puasa
7.Kitab Rahasia Haji
8.Kitab Adab Membaca Al-Qur'an
9.Kitab Zikir dan Doa
Kali ini kita memasuki kitab yang ke 10 yaitu kitab Adab Makan.
Bagi rekan-rekan yang membutuhkan arsipnya dapat dicari di :
http://groups.google.com/group/mencintai-islam
KITAB ADAB MAKAN (4/7)
=============================
Keutamaan menjamu tetamu dan adabnya
Menjamu makanan kepada tetamu-tetamu adalah seperkara yang baik
dan mempunyai banyak kelebihan. Berkata al-Hasan: Setiap nafkah yang
dibelanjakan oleh seseorang akan diperkirakan di kemudian hari melainkan
nafkah yang dibelanjakan kepada teman dan rakan yang berupa makanan yang
dihidangkan kepada mereka, maka Allah Ta�ala lebih mulia daripada mahu
bertanya mengenainya.
Berkata Ali r.a: Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau
satu sha� dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan
seorang hamba sahaya.
Berkata Ibnul Umar r.a: Antara tanda kemuliaan seseorang ialah
makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada
rakan-rakannya. Para sahabat dahulu kala sering berkumpul untuk majlis
bacaan al-Quran al-Karim, dan mereka tidak akan berpisah melainkan sesudah
menjamah sedikit jamuan, walaupun ringan.
Ataupun adab-adabnya: satu bahagian mengenai tetamu itu sendiri
dan bahagian yang lain mengenai bagaimana menghidangkan makanan kepada
tetamu.
Adapun adab untuk menjadi tetamu kepada seseorang maka bukanlah
suatu perkara sunnat mendatangi seseorang pada waktu makan, agar ia dapat
diterima menjadi tetamu pula, kerana mendatangi seseorang di waktu makan
akan memeranjatkannya. Itu adalah di larang, sebagaimana firman Allah
Ta�ala dalam al-Quran al-Karim:
�Janganlah kamu mendatangi rumah-rumah Nabi, melainkan sesudah
diizinkan untuk makan tanpa menanti-nanti makanan itu masak�
(al-Ahzab: 53)
Maksudnya menunggu-nunggu waktu makan atau menanti sampai
makanan masak supaya mereka dapat makan bersama-sama.
Tetapi jika orang itu memang terlalu lapar, sengaja dia
mendatangi rumah setengah-setengah kawan untuk mendapat sedikit makanan,
tetapi tidak pula menunggu sampai tiba waktu makan, maka hal serupa itu
tidaklah menjadi salah. Malah harus sebab ada semacam pertolongan kepada
seorang saudara untuk mendapat pahala memberi makanan. Demikianlah caranya
para salaf selalu melakukan. Sekiranya dia sampai di rumah kawan tadi
sedang kawannya tiada di rumah; jika dia yakin keikhlasan hati kawan itu
dan mengetahui bahwa kawan itu akan merasa gembira kalau dia memakan dari
makanannya, maka bolehlah dia memakan tanpa izinnya. Maksud keizinan di
sini ialah keredhaan kawan tadi, terutama sekali pada makanan-makanan, dan
perkara ini bergantung pula pada kelapangan hatinya. Sebab banyak orang
menegaskan keizinan dan kadang-kadang bersumpah, sedangakn hatinya tidak
redha. Maka memakan makanan orang seperti ini makruh hukumnya. Ada yang
lain pula tidak hadir di rumah tetapi memakan dari makanannya dibolehkan
dan tidak makruh, kerana hati tuannya ikhlas dan redha.
Allah telah berfirman:
�Atau di rumah kawan kamu (yakni memakan di rumahnya).�
(an-Nur: 61)
Berkata al-Hasan: Yang dikatakan kawan di sini, ialah orang yang
jiwa anda merasa senang kepadanya dan kalbu anda merasa tenang kepadanya.
Muhammad bin Wasi� dan sahabat-sahabatnya sering berkunjung ke
rumah al-Hasan, kemudian makan-minum apa yang ada dalam rumah itu tanpa
keizinan al-Hasan. Apabila al-Hasan pulang, beliau terserempak dengan
mereka. Beliau merasa gembira seraya berkata: Ya beginilah sepatutnya kita
semua.
Diceritakan lagi, ada beberapa orang telah berkunjung ke rumah
Sufyan as-Tsauri, tetapi dia tiada di rumah ketika itu. Mereka pun masuk
ke dalam rumah, lalu menyediakan makanan-makanan yang ada dan mereka pun
makan-minum. Tidak lama kemudian, Sufyan pun kembali dan berkata: Kamu
sekalian telah mengingatkan aku kelakuan para salaf, beginilah mereka itu
semua.
Adapun adab menghidangakan makanan kepada tetamu ialah: Tiada
memaksa diri untuk menghidangkan apa yang tersedia saja.
Al-Fudhail berkata: Sebabnya orang berputus hubungan antara satu
dengan yang lain, ialah bila mengundang saudaranya dia menghidangkan
makanan secara memaksa diri, oleh itu saudaranya tidak suka datang lagi
selepas undangan itu. Di antara cara memaksa diri ialah dengan
menghidangkan semua makanan yang ada di rumah, sehingga ahli
rumahtangganya tidak dapat merasa lagi. Cara begini tentulah menghampakan
hati ahli rumahtangga yang menyediakan makanan itu.
Setengah orang berkata: Kami pergi kerumah Jabir r.a lalu
dihidangkan kami roti dan cuka (acaran). Berkata Jabir: Kalaulah tidak
kerana aku dilarang dari memberatkan diri dalam jamuan, tentulah aku akan
hidangkan bermacam-macam makanan kepada kamu.
Adab yang lain ialah bagi si tetamu, hendaklah jangan ia
mencadangkan atau memaksa sesuatu barang yang tertentu untuk menjadi
santapannya, seringkali sikap serupa itu, selain memberatkan akan
memarahkan pula hati orang yang menerimanya sebagai tetamu. Kiranya ia
telah ditawarkan oleh tuan rumah antara dua makanan, maka hendaklah ia
memilih yang lebih senang untuk disediakan. Kecuali jika tetamu itu
mengetahui barang yang akan dicadangkannya itu, tidak sukar bagi tuan
rumah untuk disediakan maka tiadalah makruh lagi baginya untuk
mencadangkan barang itu.
Setengah orang telah berkata: cara memakan itu ada tiga
macamnya:
(1) Makan bersama-sama para fakir-miskin, sebaik-baiknyaa
kita beralah dan melebihkan mereka.
(2) Makan bersama-sama rakan-teman yang sedarjat,
sebaik-baiknya dengan cara sederhana dan dengan cara biasa.
(3) Makan bersama-sama orang berpangkat, sebaik-baiknya
menjaga adab dan sopan santun.
Seterusnya adab tuan rumah terhadap tetamu yang datang menziarahinya
hendaklah ia menunjukkan perasaan suka dan gembira dan cuba memintanya
membuat cadangan tentang hidangan mengikut seleranya. Manakala tuan rumah
cuba memenuhi kehendak tetamu sekadar yang boleh. Melakukan yang demikian
itu adalah paling baik pahalanya besar pula.
Akhir sekali jangan pula tuan rumah sampai bertanya: Sukakah tuan kalau
saya hidangkan makanan? Sebaik-baiknya ia menghidangkan apa saja yang ada
dan sudah tersedia, biarlah tetamu itu sendiri yang menentukan; kalau suka
ia makan, dan kalau tak makan diangkat saja makanan itu semula.
(BERSAMBUNG)
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/IotolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Padhang mBulan Net - Padhang mBulan mailing list
* Untuk BERLANGGANAN, kirim e-mail kosong ke :
padhang-mbulan-subscribe@yahoogroups.com
* Untuk BERHENTI, kirim e-mail kosong ke :
padhang-mbulan-unsubscribe@yahoogroups.com
* rangkuman dari beberapa e-mail :
padhang-mbulan-digest@yahoogroups.com
* tidak ingin menerima sebuah e-mail pun :
padhang-mbulan-nomail@yahoogroups.com
* Individual Email :
padhang-mbulan-normal@yahoogroups.com
Informasi: padhang-mbulan-owner@yahoogroups.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/padhang-mbulan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
padhang-mbulan-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

0 Komentar:
Post a Comment
Beranda